Matlamat utama Kembara ini adalah memberi peluang kepada anak anak hafazan Kelab membuka minda dan pengetahuan di samping mendekatkan diri dengan alam sekitar, tempat-tempat menarik di Negeri yang bertuah ini iaitu Melaka Bandaraya Melaka Bersejarah Warisan Dunia.
Selain mengingatkan peserta, walaupun sibuk beriadah , amal ibadat jangan di lupai dan setiap kawasan di Negeri Melaka ini masjid atau surau di sediakan tidak kira kawasan tersebut Taman Riadah. Masjid lama juga yang tersergam indah berada dimana mana bagi memberikan kemudahan beramal ibadah bila sampai waktunya. Kerana itu Kembara yang di anjurkan oleh Kelab tidak pernah melupai masjid untuk di kunjungi bagi mengingatkan semua ahli Kembara Kelab bahawa solat itu wajib dikerjakan bila sampai waktunya dan masjid berada dimana mana di Negeri Melaka ini.
“ Negeri yang kecil bukan sahaja kaya dengan Warisan Dunia dan keindahan alam semula jadi tetapi kaya dengan masjid untuk beramal ibadah……Negeri Bertuah Melaka Bandaraya Melaka Bersejarah Warisan Dunia.”
Destinasi pertama peserta Kembara di bawa melawat Taman Botanikal Ayer Keroh….dengan keindahan alam semula jadi dan taman yang indah …di sini game mencari benda tersembunyi di adakan di kalangan peserta Kembara.
Destinasi ke 2 nya ke Masjid Duyong Ayer Panas Bemban. Peserta solat zohor berjemaah dan diraikan makan tengahari oleh J/Kuasa Masjid Duyong Ayer Panas, Bemban, Melaka.
Destinasi ke 3 nya ke Ayer Panas, Bemban…..dan sukaneka di adakan selama 3 jam yang berakhir jam 5.00 petang. Solat asar di surau Ayer Panas dan majlis penyampaian hadiah dan seterusnya bertolak balik.
Sesungguhnya faedah yang di perolehi dari Kembara Kelab ini ialah :
1. Melawat keindahan semula jadi
2. Mengingat kan diri peserta Kembara Kelab walau di mana berada masjid jangan di lupai bila tibanya waktu solat.
3. Semangat setiakawan, jati diri dan berhemah serta disiplin dalam kehiduapn seharian.
Program sehari ini telah disertai seramai 149 orang peserta yang terdiri dari anak anak hafazan Kelab Zana dan ibubupa serta J/Kuasa dan di Ketua oleh Pengerusi dan Penyelaras Kelab Zana Perdana Surau Islah Bukit Katil, Melaka (Mid 2) dibantu oleh Setiausaha Kelab, Fuziah dan Penyelaras Hafazan Kelab Hjh Nurizah
Mencari harta karun...Di Taman Botanikal Ayer Keroh...Destinasi Pertama Kembara
“ JAGA KOTAK MAKAN CIK KAK OI...CIAN..!!! ” MID 2
SEBAHAGIAN IBUBAPA …YANG TURUT SERTA
Kembara Kelab ke Masjid Duyung di raikan oleh J/Kuasa Masjid Duyung Ayer Panas, Bemban Solat Zohor dan makan tengahari di Masjid Duyung Ayer Panas Destinasi ke 2
“ Jauh termenung pengerusi Kelab Mid 2 (Berdiri baju hijau)
“ Lapau keeeeeeeeeeee……sabau yeeeeeeeeee…” Ani
GAYA MENARIK DI GAYAKAN OLEH SEBAHAGIAN PESERTA KEMBARA…….WOOOOOOOOO..HEBAT YEEE..!!
DI AKHIR KEMBARA…..PERKELAHAN DI AYER PANAS
Peserta perempuan melawan peserta lelaki menyelam paling lama
“ Baik mak cikk..aie tu panas……..” Mid 2
Mengelamun ke rendam kaki mak cik oi...” Mid 2
No comments:
Post a Comment