Idea bagi menjayakan Program Berkhatan Beramai baramai ini tercetus dari Mid 2 (Hamidah Abdul) setalah melihat betapa ramai nya anak muda yang berusia dari 18 tahun ke bawah masih tidak berkhatan atas alasan kurang kemampuan (Kemiskinan) bagi membiayai kos berkhatan yang di kenakan sebanyak RM70.00 hingga RM100.00 seorang. Atas kesedaran inilah maka perbincangan di adakan dengan pelbagai pihak termasuk JIM, Hospital Besar Melaka, JASA maka program ni telah berjalan dengan jayanya.
Seramai 63 orang peserta telah menyertai Program Berkhatan Beramai ramai anjuran bersama Kelab Zana, Hospital Besar Melaka, Masjid Al AZIM, Negeri Melaka dan JIM. Program ini di adakan secara percuma dan disertai oleh semua pelajar dan anak-anak yang kurang berkemampuan untuk membiayai berkhatan. Malah ada yang telah berusia 17 tahun masih tidak bersunat lagi.
Sebelum itu para peserta telah bermalam di Masjid Al Azim dan pelbagai program telah diadakan termasuk, ceramah agama, ceramah kesihatan (Berkhatan) Qiamulailail, Kuliah Subuh .Majlis Perasmian dan Penutupan telah di sempurnakan oleh YB Datuk Othman bin Mohamad (Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka).
SEBAHAGIAN PESERTA YANG AKAN BERKHATAN BERAMAI RAMAI DI HOSPITAL BESAR, MELAKA
YB DATUK HJ OTHMAN BIN MUHAMAD SEDANG MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KAIN PELEKAT PADA PESERTA YANG AKAN BERKHATAN PADA HARI TERSEBUT DI RUANG LEGAR
MASJID AL AZIM
YB DATUK BERSEDIA UNTUK MENGIKUTI PERARAKAN BERKHATAN BERMAI RAMAI MENUJU KE HOSPITAL BERSAR MELAKA
“ WAH BERGAYA ADIK-ADIK YANG NAK BERSUNAT...DIIRINGI PELJARA PEREMPUAN KE?” MID2
“ WAH SHIKIN... BANYAK BUNGA TELUR...” MID2
PENGERUSI PENYELARAS HAMIDAH ABDUL MENGIRINGI YB DATUK HJ OTHMAN DAN DATIN HALIMAH MENUJU KE HOSPITAL MELAKA
SEBAHAGIAN PESERTA SEDANG MENUNGGU GILIRAN UNTUK
BERKHATAN BERAMAI RAMAI DI RUANG LEGAR HOSPITAL BESAR MELAKA
YB DATUK OTHMAN SEDANG MEMERHATIKAN SALAH SEORANG PESERTA YANG SEDANG MENUNGGU GILIRAN UNTUK BERKHATAN BERAMAI RAMAI
No comments:
Post a Comment