Program Sehari Kembara Hafazan tercetus idea dari Mid 2 (Hamidah Abdul) dengan matlamat utama untuk meberi peluang kepada pelajar kurang berkemampuan menyertainya bagi membuka minda dan menambah pengetahuan selain dari hafazan.
Program Kembara Hafazan yang di sediakan oleh Mid 2 ini bermula dengan lawatan ke Rumah Abdul Azizi, Durian Daun, Melaka dibawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat . Tujuan utama ke Rumah Kebajikan ini bagi memberikan kesedaran kepada anak anak hafazan betapa pentingnya pelajaran, agama dan kasih sayang.
Program ini telah disertai seramai 85 orang yang terdiri dari pelajar dan ibubapa dengan 2 buah bas yang disewa khas olih Kelab Zana bagi menjayakan program ini.
Di ikuti Kembara seterusnya ke Masjid MITC, Melaka (Solat Zohor) bertujuan bagi mengingat pelajar hafazan bahawa solat tidak bolih di tinggalkan walau dimana berada.
Seterusnya selepas solat zohor Kembara Hafazan meneruskan perjalanan ke Ibu Pejabat Bomba Negeri Melaka, Jalan BUkit Katil, Melaka. Taklimat kebakaran, peranan Bomba, Demonterasi Kebakaran dan kerjaya dalam perkhidmatan Bomba telah diberikan olih Ketua Bomba Negeri Melaka. Di sini membuka minda pelajar bahawa Bomba bukan sahaja membantu mencegah kebakaran, tetapi juga mempunyai kerjaya yang mencabar dan wajar di hargai olih semua ahli masyarakat.
Mengakhiri Kembara Sehari Hafazan pelajar ke Masjid 2 Tingkat di Bukit Katil, Melaka dan seterusnya solat asar dan taklimat juga kuiz hafazan telah diadakan di sini.
Kesimpulannya Kembara Sehari Hafazan meskipun hanya melawat Melaka tetapi memberikan sesuatu yang paling berharga buat semua yang menyertainya. Kesedaran, pengetahuan dan keinsafan kerana tidak semua dapat melihatnya didepan mata jika tidak berkemampuan (kemiskinan) walaupun berhampiran dengan mereka.
Kembara Hafazan ke Rumah Budak Lelaki , Durian Daun Melaka
Adik Mohamad Fauzi sedang bersalaman dengan Timbalan Penguasa Rumah Budak Lelaki Ab Aziz, Durian Daun, Melaka
Taklimat ketika di RTM Melaka
Sebahagian peserta tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh Penerbit RTM Melaka
Peserta sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ketua Balai Bomba Jalan Tun Razak Bukit Katil, Melaka ketika Kembara Hafazan
di Balai Bomba , Jalan Bukit Katil, Melaka
Ibubapa yang menyertai Kembara tersebut tidak melepaskan peluang menyertai Demontrasi Memadamkan Api di Ruang Legar Balai Bomba.
Bergambar kenangan bersama Pegawai Bomba dan Penyelamat di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat di Jalan Bukit Katil, Melaka
No comments:
Post a Comment