Wednesday, 6 April 2011

1) Tertubuhnya Kelab Kebajikan Penduduk Islam - ZANA PERDANA SURAU ISLAH BUKIT KATIL, MELAKA

1. TERTUBUHNYA KELAB KEBAJIKAN PENDUDUK ISLAM
ZANA PERDANA SURAU ISLAH BUKIT KATIL, MELAKA.

Mohammad Fauzee yang ketika itu berusia 7 tahun...segala-galanya bermula di Masjid Ayer Molek, Melaka. Setiap kali waktu maghrib anak kesayangan (Mohammad Fauzee) pasti menangis mahu ke masjid walaupun kadang kadang hujan lebat mahupun tiada ramai jemaah ke masjid.

Mulai jam 6.00 petang saya membawanya ke masjid dan di sinilah anak ini akan menyiram bunga sekitaran masjid sebelum masuk waktu maghrib. Bimbang keselamatannya kerana masjid di tepi jalan, saya menunggu sehingga ada jemaah yang dikenali untuk meninggalkannya berjemaah di masjid. (Ini suatu kemestian yang mesti saya lakukan selama lebih 5 tahun...

Memikirkan keadaan ini, terfikir untuk mengadakan kelas hafazan di masjid tersebut. Tetapi saya orang luar dan pelbagai masaalah akan di hadapi lebih lebih lagi saya seorang perempuan.

Memberanikan diri mula mencari siapa pegawai masjid dan pengerusinya dan dan perbincang beberapa kali di adakan dan akhirnya persetujuan di capai hinggalah tertubuhnya Kelas Hafazan. Dana bagi membiayai hafazan masih buntu dan akhirnya Kelab Kebajikan Penduduk Islam Zana Perdana Surau Islah Bukit Katil, Melaka di tubuh bagi menyelaraskan semua program Induk Kelas Hafazan termasuk mencari dana dalam menjayakan semua program hafazan.

Matlamat utama Penubuhan Kelab Kebajikan Penduduk Islam Zana Perdana Surau Islah Bukit Katil ini adalah untuk membantu remaja yang berusia dari 7 tahun hingga 19 tahun dikalangan masyarakat yang kurang berkemampuan dan kurang pendidikan agama.

Idea asal penubuhannya adalah atas inisiatif Hamidah Bte Abdull. Pengerusi Kelab Kebajikan Penduduk Islam Zana Perdana Surau Islah Bukit Katil merangkap Pengerusi Penyelaras Program Hafazan dengan di bantu Fuziah bte Mansor Setiausaha Kelab Zana Perdana Perbincangan dalam mencari tempat bagi menempatkan pelajar di usahakan bersama Haron Hj Abdullah Pengerusi Lembaga Masjid Ayer Molek, Melaka dan Hjh Nurizah Baharam J/Kuasa Lemabaga Masjid yang kemudian nya bersetuju Kelas Hafazan di adakan di Masjid. J/Kuasa di tubuhkan mencari sumber kewangan bagi menampung kos makan minum pelajar dan bayaran tenaga pengajar.

Pada 14hb April 2006 Penubuhan Kelab Kebajikan Zana Perdana Surau Islah Bukit Katil di tubuhkan bagi mencari sumber kewangan untuk membiayai makan minum pelajar belajar seterusnya membiayai kos tenaga pengajar yang ketika itu setiap seorang dibayar RM200.00 seorang x 4 yang mesti disediakan pada setiap bulan.

Kelab Kebajikan Penduduk Islam Zana Perdana Surau Islah Bukit Katil, Melaka menjadi badan Induknya dan mencari dana di awal penubuhannya hingga sekarang ini.

Pelbagai dugaan yang dihadapi dalam penubuhan nya termasuk kelas yang dijalankan. Di antara yang paling menyayat hati 4 orang ustaz yang mengajar part time di hafazan berhenti serta merta apabila gaji lewat dibayar pada bulan tersebut.Akhirnya pilihan dibuat sehingga sekarang ini hanya 2 orang tenaga pengajar yang Pelajaran yang diberikan adalah PERCUMA begitu juga makan minum dan mengajar nya. Disamping pelabagai dugaan lain yang berlaku.

Sejak awal penubuhan nya seramai lebih 80 orang remaja pelbagai peringkat umur termasuk dewasa telah menyertainya meskipun permulaan kelas di adakan hanya pada setiap sabtu dan ahad dan membaca yassin pada setiap khamis malam jumaat. Pelajar yang menghadiri kelas ini silih berganti dan ada yang telah berjaya menyambung pelajaranya ke sekolah berasrama di Melaka.

Berkat usaha yang gigih kini telah hampir 5 tahun Kelas Hafazan di jalankan dan pelbagai program telah berjaya di adakah bagi membantu pelajar ke arah kecemerlangan diri termasuk ibubapa dan masyarakat. Diantara nya Kelas Hafazan al Quran dan Mukaddam setiap satu dan ahad, 31 Kem Jati Diri (Kem Ibadah), 15 Kembara Hafazan, 5 Sukaneka Hafazan, 11 Kursus , Kumpulan Nazam dan Nasyid , kumpulan Hafazan Al Quran dan Mukaddam juga pelbagai aktiviti Ko Kurikulum.


2. PERTEMUAN DI TEMBOK MASJID TERBINANYA RUMAH PPRT DALAM MASA 2 MINGGU

Pengalaman pertama membuka sejarah membantu orang susah mendapatkan rumah PPRT dalam masa 2 minggu. Pengalaman yang sukar di perolehi hanya kerana pertemuan ketika menghantar anak kesayangan yang terlalu minat mengunjungi masjid pada setiap petang hingga ke isyak telah menemukan 3 keluarga yang miskin ini.

Pertamanya Sapuan dan kakaknya (Seperti dalam gambar) dan ketiganya Norsiah jiran yang berhampiran dengannya. Pada 2006 secara kebetulan terjumpa seorang lelaki (Sapuan dari solok jenuang) yang sering duduk di tembok masjid ayer molek menanti isterinya Asmah pulang dari kerja. Ketika itu menghantar anak (Fauzee) ke masjid untuk solat magrib dan isyak.

Perkenalan yang tidak di duga akhirnya mengetahui kemiskinan nya yang amat memerlukan rumah tetapi tiada kewangan untuk membuatnya. Apatah lagi ketika itu duduk di tanah orang dengan anak yang ramai dan tuan tanah pula memerlukan tanahnya semula.

Apa yang menjadikan kenangan sukar di lupakan kerana jam 1.00 pagi kerumahnya dan jam 2.00 pagi mengejutkan saudara nya jiran berdekatan menanda tangani surat kebenaran membuat rumah PPRT.

Usaha di ajukan kepada Pengerusi Masjid dan isterinya yang juga kebetulan ketua wanita UMNO cawangan ayer molek, Melaka. Atas perbincangan dalam masa sehari sahaja, dimalam nya kami berkunjung kerumah Sapuan dan melihat sendiri keadaanya yang ketika itu hanya 1 bilik sahaja dan mempunyai anak 5 orang anak. Rumah yang sempit dan serba kekurangan. Atas dasar kasih sayang persaudaraan saudaranya menanda tangani surat kebenaran membuat rumahnya PPRT .

Malam esoknya jam 11.00 malam kami berkunjung pula kerumah kakak Sapuan dan rumah PPRT ke 2 dibina di tanah berhampiran rumah sapuan dan membaiki rumah yang penghuninya cacat dan sakit mental. Atas usaha Pn Hamidah Abdul di ajukan surat ke Ketua Menteri Melaka dan tidak sampai 2 minggu proses rumah PPRT terbina dan di ikuti rumah adik beradiknya memiliki rumah PPRT.

Terima kasih buat Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohamad Ali bin Rustam kesudian menerima surat yang di tulis oleh saya tanpa melalui proses pengisian borang awalannya dan tindakan segera sehingga terbina nya rumah PPRT dalam masa 2 minggu. Tidak lupa terima kasih jugak buat YB Datuk Yunos Hussin ADUN Ayer Molek, Melaka. Seterusnya saluran bantuan di pohon pula untuk keluarga yang dalam kesusahan tanpa henti sehingga sekarang ini.

Terima kasih anak (Fauzee) kalau tidak kamu yang setiap hari mahu ke masjid dan mungkin pertemuan ini tidak dapat di temui dan sesungguhnya Allah s.w.t lebih mengetahui segala galanya. Bermula dari sini lah ramai lagi yang dibantu satu persatu melalui jasabaik YB Kawasan dan Datuk Seri Ketua Menteri apabila nama di maklumkankan tanpa mengira waktu bantuan di salurkan serta merta.

BERGAMBAR BERSAMA KELUARGA SAPUAN SETELAH SELESAI MENANDA TANGANI SURAT PERJANJIAN BUAT RUMAH PPRT DI TANAH SAUDARANYA DI JENUANG TAHUN 2006 RUMAH PPRT PERTAMA

MULIA HATI SAUDARANYA MENGIZINKAN RUMAH PPRT DI DIRIKAN DIKAWASAN TANAH MILIK KELUARGANYA

ISTERI YANG BERHATI MULIA SUDI MENGIZINKAN RUMAH PPRT SAPUAN DIDIRIKAN

DALAM KEGELAPAN MALAM JAM 2.00 PAGI SURAT DISEDIAKAN OLEH HJH NURIZAH DI RUMAH SAPUAN

KELUARGA KE 2 YANG MENERIMA PPRT DI JENUANG (SAUDARA SAPUAN)

JAM 11.00 MALAM BERKUNJUNG KERUMAH SEWAAN NYA DI TAMAN PERUMAHAN AYER MOLEK.

MENDERITA SAKIT YANG TAK PASTI DI SOLOK GAUNG………
MID 2 DAN HJH NURIZAH DATANG MENJENGOK DAN MENGURUSKAN BANTUAN MAIM DAN KEBAJIKAN

EN FUAD DI KG SIMPANG YANG HIDUP SUSAH 14 ANAK MEMPEROLEHI RUMAH PPRT DALAM MASA 2 MINGGU DAN BEBERAPA ANAK ANAK NYA DI SUNATKAN PERCUMA DALAM PROGRAM BERKHATAN BERAMAI RAMAI

BANTUAN SERTA MERTA DIBERIKAN OLEH YB AHLI PARLIMEN JASIN (DATUK HJ AHMAD HAMZAH)

No comments:

Post a Comment