Thursday, 28 April 2011

7) Kursus Pengurusan Jenazah Sehari Peringkat Pertama

Kelab Kebajikan Penduduk Islam Zana Perdana Surau Islah Bukit Katil telah menganjurkan Program Pengurusan Jenazah dikalangan pelajar Hafazan dan ibubapa serta J/Kuasa Penyelaras Hafazan di bawah Kelab Zana.

Seramai 65 orang telah menyertai program ini. Penceramah yang di undang khas dalam menjayakan program ini ialah Ustaz Rosli bin Sakaran dari KAGAT KEM Terendak.

Banyak menafaat yang diperolehi dari Kursus ini kerana bukan sahaja ceramah yang diberikan tetapi juga teori dan praktikal dari memotong kain kapan hinggalah mandian dan pengurusan jenazah.

Apa yang menarik dalam program ini Adik Mohamad Farhan bin Nordin telah menjadi model dan ibunya Halimah bte Buruk juga menyertainya . Di akhir kursus Pengurusan Jenazah ini secara kebetulan ada kematian dari kampong berhampiran dan menyembahyangkan jenazah di Masjid ini. Para peserta dapat menyertai solat jenazah yang diadakan.
Peserta sedang mendengar taklimat dan penerangan mengenai jenazah yang disampaikan oleh Ustaz Rosly Sairan (KAGAT KEM Terandak)

Ustaz Rosly sedang memberikan penerangan macam mana mengkapankan jenazah (Praktikal)

Ustaz Rosly Sairan sedang menerangkan cara melakukan mandi jenazah yang sebenarnya pada para peserta

Mengkapankan jenazah (Praktikal) salah seorang peserta menjadi model dalam kursus tersebut.

Pn Halimah Buruk sedang mencium anaknya (Farhan Nordin) yang menjadi model jenazah pada hari tersebut.

Jenazah sedang disembahyangkan dan para serta turut sama menyembahyangkannya.

No comments:

Post a Comment